

Apa itu #MyMudah
#MyMudah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyokong pemulihan perniagaan. Inisiatif ini merupakan pendekatan bukan fiskal kerajaan untuk membantu pemain industri dan perniagaan dengan mengenal pasti dan mengurangkan beban kawal selia yang tidak wajar yang akan mengurangkan kos pematuhan kawal selia, mewujudkan pekerjaan dan merangsang ekonomi.

Mengapa anda perlu mengemukakan isu anda?
Perniagaan di Malaysia dianggarkan membelanjakan RM40 bilion untuk kos pematuhan peraturan. Dengan pelaksanaan inisiatif ini, #MyMudah dijangka mengurangkannya sebanyak 25%, menjana kira-kira RM10 bilion penjimatan untuk perniagaan, berikutan pengurangan beban kawal selia dan kos pematuhan.
