Soalan Lazim

Pandemik COVID-19 telah membawa kesan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya di seluruh dunia. Apabila perniagaan meneruskan operasi, adalah penting untuk mengoptimumkan produktiviti untuk memastikan kemampanan perniagaan. Walau bagaimanapun, beban kawal selia yang tidak perlu boleh melambatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.

Menyedari betapa seriusnya perkara ini, kerajaan komited dalam meminimumkan kesan ekonomi dengan membantu perniagaan yang dibebani oleh peraturan yang tidak perlu, dengan inisiatif #MyMudah.

Tujuan #MyMudah adalah untuk mengenal pasti, menyemak dan mengurangkan beban peraturan perniagaan yang tidak wajar. Inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan kos pematuhan perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi.

Perniagaan di Malaysia dianggarkan membelanjakan RM40 bilion untuk kos pematuhan peraturan. Dengan pelaksanaan inisiatif ini, #MyMudah dijangka mengurangkannya sebanyak 25%, menjana kira-kira RM10 bilion penjimatan untuk perniagaan, berikutan pengurangan beban kawal selia dan kos pematuhan.

Sebagai langkah pertama, kami memerlukan suara anda! Jika anda adalah sebuah syarikat atau pemilik perniagaan, anda boleh memajukan dan menyerlahkan isu kawal selia anda melalui Unified Public Consultation (UPC) selain mengambil bahagian dalam dialog yang dianjurkan oleh EAC dan MPC. Isu yang diketengahkan kemudiannya akan dianalisis oleh Pasukan Tindakan Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan dibawa ke mesyuarat EAC untuk dinilai sebelum keputusan dibuat.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan negeri. Keputusan ini termasuk memansuhkan secara sementara atau kekal, mengubah suai, mengetepikan atau mengecualikan peraturan yang membebankan perniagaan, serta memudahkan prosedur dan memendekkan masa pemprosesan untuk memudahkan urusan menjalankan perniagaan.

Bagi memastikan hasil yang boleh diukur, PEMUDAH akan memantau prestasi setiap kementerian dan kerajaan negeri dengan membuat laporan berkala kepada Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).

Syarikat dan pemilik perniagaan yang dibebani dengan peraturan yang tidak perlu boleh mengemukakan isu yang mereka hadapi melalui Portal Perundingan Awam Bersepadu (UPC). Sebagai alternatif, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini.

Click here for direct link to submit your feedback.

Alternatively, you may follow these steps.

Step 1: Visit UPC Portal at https://upc.mpc.gov.my
Step 2: In the ‘Ongoing Consultations’ list, select the MalaysiaMudah (#MyMudah) submission paper
Step 3: Select ‘How to Submit Your Response”
Step 4: Complete the form and submit

  • Is there a financial commitment when submitting feedback?

No. There is no financial payment/ fee for submitting feedback.

  • Who can be contacted for more information?

For more information, you may email us at mymudah@mpc.gov.my