Sesi Libat Urus MyMudah bersama Persatuan Perniagaan / Industri Negeri Pulau Pinang & Kedah

Sesi ini bertujuan memberi pemahaman berkenaan platform MyMudah kepada Persatuan Perniagaan/ Industri yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang & Kedah supata kerjasama erat awam-swasta dapat mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih telus dan cekap yang akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing pemain industri di Negeri Pulau Pinang & Kedah.
 
Melalui sesi ini, sebanyak 7 persatuan perniagaan Negeri Pulau Pinang dan Kedah telah berjaya mendaftar dalam portal MyMudah.

Bengkel Pembangunan Kapasiti dan Penubuhan Unit MyMUDAH bagi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri Pulau Pinang

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti berkaitan inisiatif MyMUDAH kepada Pejabat Tanah & Galian (PTG) dan Pejabat Daerah & Tanah (PDT) Negeri Pulau Pinang bagi memudahcara urusan menjalankan perniagaan kepada pemain industri. Melalui pembangunan kapasiti ini juga ianya akan membantu pihak PTG & PDT menangani isu berkaitan pelesenan perniagaan dengan kaedah MyMUDAH yang akan membantu mengurangkan beban kawal selia yang peraturan yang tidak wajar dan akan mengurangkan kos pematuhan kawal selia. Melalui inisiatif ini juga akan dapat mewujudkan kerjasama erat awam-swasta dan mewujudkan lanskap perniagaan yang lebih telus dan cekap yang akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing pemain industri serta kerajaan tempatan di Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta daripada PTG dan lima (5) PDT di Negeri Pulau Pinang. Majlis penutupan perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Encik Mohd Farulizam bin Che Meh, Timbalan Pengarah Tanah & Galian (Perancangan & Pembangunan).
Hasil daripada bengkel ini, tiga (3) isu yang telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai projek MyMUDAH iaitu: 1. Tempoh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi pemajuan tanah yang panjang (PDT Timur Laut) 2. Tiada integrasi di antara Proses Pengeluaran Lesen Sistem Kultur Laut (SKL) oleh Jabatan Perikanan dengan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) oleh PDT untuk permohonan ternakan ikan dalam sangkar. 3. Kos pematuhan tinggi bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi peniaga kecil.
Pihak PTG & PDT berhasrat untuk bekerjasama dengan MPC bagi penambahbaikan peraturan dalam menangani isu no. 1 yang memberi impak yang tinggi kepada peningkatan produktiviti sektor pembinaan di Negeri Pulau Pinang.